Friday, November 19, 2010

hebat!!alhamdulillah

Zaman kesultanan Melayu Melaka HEBAT. Mengapa Melayu berada di tangga pertama, dari segi ekonominya, pendidikannya, sosiobudaya dan dari pelbagai sudut pada ketika itu? Kerana BAHASA MELAYU YANG DIIKTIRAF SEBAGAI LINGUA FRANCA. Semua pedagang negara luar belajar BAHASA MELAYU kerana KEHEBATANNYA. Tapi kini bahasa IBUNDA tidak terjaga. Hanya diletakkan TANGGUNGJAWAB ITU kepada DBP sahaja. Akibatnya, kita jatuh dan berada di tangga ke bawah di tanah air sendiri.

Sekarang ini Melayu mula bergerak menuju ke satu destinasi dan kita hampir ke situ. Kena bangun, kuat semangat, lawan tetap lawan, lawan sampai jadi jutawan. Jutawan di tanah air sendiri.Kita adalah TUAN. KETUANAN MELAYU.

Wahai bangsaku BANGUN DAN BANGKIT SECARA JEMAAH, kita rebut peluang dan ruang utk menjadi HEBAT. Kita kukuhkan kedudukan MELAYU dalam bidang PENDIDIKAN. InsyaAllah dgn keazaman yang HEBAT, ekonomi MELAYU juga akan HEBAT.

PERCAYALAH & YAKIN KITA AKAN HEBAT SEPERTI DULU.

Kepada semua gang SCORE A, percayalah ruang dan peluang yg kita rebut ini adalah tapak kukuh untuk kita janakan agar destinasi yang kita tuju sampai ke situ.

Teringat kepada 5 perkara WAJIB yang dijaga :

1. Tauhid 2. Nyawa 3. Harta 4. Zuriat 5. Akal

Sewaktu mendengar Majlis Forum Agama di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 25 Jun 2010 sempena ulangtahun DBP yang ke-54 oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah, Ustaz Abdul Halim Din dan Ustaz Mohamad Kazim Alias; pemikiran saya melayang. Melayang kerana mengaitkan hujah dan fakta yang utarakan dengan SCORE A.

Kelima-lima yang WAJIB dijaga ini ada dalam SCORE A. MasyaAllah...bulu romaku meremang secara tiba-tiba. AKU BERTANYA "KENAPA MEREMANG BULU ROMAKU, APABILA FAKTA DAN HUJAH YANG KUDENGAR ADA DALAM SCORE A?! MASYAALLAH"

Aku terus mendengar dengan penuh teliti.Ya Allah, Ta`ajubnya dengan kehebatan ILMU.

1. Tauhid - Dalam SCORE A, ada pelbagai fakta dan hujah utk dipraktikkan, dan akhirnya pasti dikunci dengan MUHASABAH DIRI REDHA DENGAN ILAHI.

2. Nyawa - SCORE A amat membelai nyawa sesama manusia. KASIH DAN SAYANG adalah TERAS UTAMA dalam bisnes ini. Terima kasih kepada semua ketua-ketua saya yang selalu memperingat akan tanggungjawab ini.

3. Harta - Dengan genangan air mata aku berkata kepada diri sendiri, YA Allah Maha Kaya Engkau menemukan aku dengan SCORE A, kau makbulkan doaku ya Allah untuk memperoleh rezeki yang murah. Kepada pembaca yang tahu atau tidak tahu tentang SCORE A, SCORE A telah banyak membantu mereka yang susah, dah telahpun mengubah nasib muslim dan bangsa kita. Teringat kisah seorang hamba Allah yang meminjam duit daripada Along utk mengubah nasib ekonominya, dan akhirnya dengan SCORE A, takdir hidupnya bertukar menjadi HEBAT. ALHAMDULILLAH.

4. Zuriat - Bab zuriat ini aku amat sensetif. Amanah yang ALLAH kuruniakan kepada kita dan WAJIB menjaganya. BERI ILMU. Inilah KEHEBATAN SCORE A yang terkandung didalamnya HUKUM WAJIB,dan FARDHU KIFAYAH. Mereka yang berada dalam SCORE A berlumba-lumba berkongsi ILMU dan memberi ILMU kepada zuriat yang ada di dunia ini. YA ALLAH AKU KAGUM DENGAN NIKMAT DAN GERAK TAKDIR MANUSIA YANG KAU GERAKKAN. SESUNGGUHNYA KAU MAHA BERKUASA YA ALLAH.

5. Akal - SUBHANALLAH YA ALLAH. Aku semakin syahdu, Sambil aku menaip karangan ini air mataku jatuh satu persatu, menyaksikan KEAGUNGAN ILMU memelihara AKAL. Aku sebak, air mata mulai membasahi pipiku. YA ALLAH AKU TAK MAMPU LAGI UNTUK BERKATA TIDAK DALAM HAL INI. YA ALLAH AKU BERSYUKUR DENGAN APA YANG TELAH KURNIAKAN KEPADAKU, KEPADA SEMUA SAHABATKU dan KEPADA SEMUA YANG BERUSAHA, BERGADING BAHU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DALAM SCORE A.

SYUKUR ALHAMDULILLAH. YA ALLAH SEKIRANYA INILAH RUANG DAN PELUANG YANG KAU BERIKAN, KAU KUATLAH SEMANGAT DAN PERPADUAN KAMI BERUSAHA UNTUK BERGERAK SAMA SEDERAP, MENGHAYUT USAHA SAMA DIHAYUN DAN MEMIKUL ILMU YANG SAMA DIPIKUL. KAU BERKATKANLAH USAHA KAMI INI. KAU KURNIAKAN LAH REZEKI YANG MELIMPAH RUAH UNTUK KAMI MENTADBIR KELUARGA, BANGSA, NUSA dan AGAMA. AMIN.

"KESATUAN HATI KEBERSAMAAN KUMPULAN"

BERSAMA GROUP EDATA NETWORK

SCORE A HEBAT!!!

Wednesday, March 24, 2010

RENUNGAN TUK MEREKA YG INGIN MENJADI INSAN HEBAT


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)



Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.


Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.


Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Sunday, March 7, 2010

Buat renungan ibu dan bakal ibu.....
Ibu & Ayah : Begitukah Akhirnya?

Ruang yang tadi terang benderang, tiba-tiba menjadi gelap. Hajat di hati ingin membaca sebelum melelapkan mata terpadam dek kegelapan malam.Aku bingkas bangun dari katil, menuju ke pintu. Tujuan di hati ingin meninjau ke bilik anak-anak.


" Tentu mereka sedang tidur lena.." getus hati sambil tangan meraba mencari tombol. Namun...

" Ummi, Kak Long dan Kak Ngah tak boleh tidur.. ada nyamuk..panas pula tu." Belum sempat pintu bilik dibuka, anak-anak lebih dulu menyua muka. Terpisat-pisat mereka mengesat mata. Dalam kesuraman cahaya bulan purnama yang masuk menembusi tingkap bilik, aku mendorong mereka ke katil. Suamiku kebetulan tiada di rumah kerana berprogram di luar kawasan.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur dengan Ummi ye...elektrik tak ada malam ni ."

Oleh kerana masih mengantuk, mereka menurut sahaja tanpa banyak bicara. Aku mengambil majalah yang tadi ingin dibaca, kujadikan kipas untuk menyejukkan sedikit pusaran udara sekitar bilik kecilku.

" Kak Long dan Kak Ngah tidur ye, Ummi tolong kipas. Nanti sejuk sikit.." Aku berkata. Sempat telinga mendengar dengungan si nyamuk. Sambil mengipas, aku membuka mata luas, kalau-kalau ada nyamuk yang datang hinggap di tubuh anak-anakku..kasihan mereka. Terpaksa melelapkan mata dalam keadan tidak selesa begitu.


Itu di dunia...Entah mengapa sambil mengipas dan menampar nyamuk yang hinggap seekor dua, fikiran melayang mengenang keadaan di akhirat sana.


Di sini, aku masih boleh menjadi 'penyelamat' anak-anak dari situasi yang tidak menyenangkan. Mereka juga tetap mencari Ummi mereka ini untuk mengadu nasib diri. Bagaiman di sana nanti ? Mampukah lagi aku menjadi penyelamat mereka dari terjunam ke lembah neraka...Na'uzubillah. Dan, adakah anak-anakku mencari Ummi ini sekadar untuk menagih janji..


" Dulu di dunia, Ummi kata Ummi sayang kami. Sekarang ini kami minta bukti ".. mungkin itu jerit mereka. Di depan titian Sirat menanti..di bawahnya jurang neraka berapi.

" Kami tak bersalah, Ummi kami yang menjadikan kami tidak solehah..Salah kami tidak ditegur, silap kami tidak diperbetul. Lantas, kami terus dengan diri sendiri..Pakaian kami tidak ikut syariat. Ummi kata, tak mengapa kerana kami masih belum dewasa. Solat kami culas, Ummi kata tak mengapa. Dah baligh kelak, baru Ummi galak. Gelak tawa kami berdekah-dekah. Ummi buat tak endah. Ummi kata, tak mengapa. Dah besar nanti, baru Ummi menyapa..jangan begitu bila ketawa."

" Namun belum sempat Ummi menegah, Ummi lebih dulu meninggalkan alam ini. Kami dah biasa begini, terus dewasa tanpa panduan ilahi. Mari Ummi, terjun bersama kami..selayaknya kita di sini " kata mereka lagi, lantas pantas mencapai tanganku ke tepian api..


Astaghfirullah..Aku terjaga dari lena. Tertidur rupanya. Ku toleh ke sisi, anak-anak masih dibuai mimpi. Bilik yang tadi suram, telah kembali terang. Terngiang-ngiang lagi 'jeritan' anak-anak dalam mimpiku tadi. Perlahan-lahan aku bangun. Sementelah, belum masuk Subuh, aku ingin munajat pada Ilahi, mohon kekuatan dan petunjuk. Jangan 'peristiwa' dalam mimpi menjadi realiti.

' Ya Allah, dalam hening malam aku sujud pada Mu. Kumohon jangan pernah berpaling dariku. Aku tak punya siapa-siapa untuk menolong. Aku menagih rahmat kasih sayang Mu, Ya Allah. Bantulah aku, dalam mendidik anak-anakku. Kurniakan aku kekuatan menegur dan membetulkan salah silap mereka. Dengan baki usia yang masih bersisa ini, ya Allah. Aku akan bersama suami menunjukkan jalan yang benar kepada mereka. Pandulah kami, bimbinglah kami. Kami ingin mati dalam redha Mu. Kami ingin menuju akhirat Mu tanpa beban yang masih berbaki.
Alam kini penuh fitnah, dinding kami dari fasad dan jahat dunia. Kami tak daya menolak tanpa bimbingan dan hidayah Mu.
Kurniakan kami anak-anak yang soleh dan solehah agar di sana kelak kami tidak saling menyalak.
Kami akan mendidik mereka berlandas syari'at, Al Quran dan Sunnah sebagai pengikat. Ya Allah, hadiahkan kami redhamu, izinkan kami bernaung di bawah cinta Mu, walau kami sedar kami banyak dosa tapi kami tak akan pernah berputus asa'.

**************************
*************************************************

Untuk renungan wanita bergelar ibu,

Kita sekian lama berbangga kerana syurga di bawah telapak kaki kita, namun sepatutnya kita lebih dulu insaf, kerana syurga atau neraka seorang anak, kitalah pencorak pertamanya. Semoga beroleh manfaat.

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Petikan ini dari www.zaharuddin.net

Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul...

assalmualaikum w.b.t

tggal 12 r.awal stiap thun, umat Islam biasanye akn mngadakn plbgai program u mnymbut ktibaan hari bersejarah, iaitu hri y mn Nabi Muhammad s.a.w telah lahir dan kmbli k pgkuan Allah..

ad y mngadakn pertandingn perarakn,ad y mngadakn cramah2 maulidur rasul..ad jg y xambil thu lgsung psl tarikh trsbut...
akn tetapi..apkh motif kte mngadakn program2 trsbut??apkh objektifnye??trcapaikh objektif y tlh d buat i2??kte smue bleh pikir sndiri..hri ini, ble krjaan ngri p.pinang mahu mngadakn smbutn dgn cara y brbeza dri sblmnye..iai2 tnpa prarakn..ad ssetengah dri kite y bising..ad y marah..
ble kte pikir blik, ap sgt y kte bleh dpt drpd perarakn trsbut??

objektif utama kte xkn trcpai dgn hnya perarakn y kte srtai..tp ia akn brmkna ble kte btul2 mghyati khidupn jnjungn Nabi kite..dan mngmbil tladan drpd khdupn Bgnda u dpraktikkn dlm khidupn shrian..hri ini kte kata y kte ni umat Muhammad...adkh kte ni bnr2 umat Bginda??sme2 la kte pkirkn..sme2lah kte muhasabah diri kte..lykkh kte jd umat Muhamad..

kte smue thu crite d saat pmrgian Bgnda bertemu Kekasihnye..Allah s.w.t..y mn Nabi msih mngingati umat2nye dsaat kmatiannye..kte pd hri ini, brp byk mse y kte pruntukkn u mngingati Nabi s.a.w..jke kte susah nak mngingati Nabi, adkh Nabi akn mngenali, mngingati dan mmbri syafaatnye kpd kte d hri akhrt klak..
sme2lah kte pikirkn..

shbt2 skalian..hri ini kte msti tekadkn dlm diri kte y kte akn brsggh2 dlm ibadah kte..dlm khdupn kte..u mnjdi umat Muhammad y sjati..bkn hnya retorik smata2..brdoalah kpd Allah agr dbrikn sifat istiqamah dlm ibadat kte shrian..w'aalam

Wednesday, February 10, 2010

sedetik waktu berlalu,menyingkap kenangan dulu..
seminit kita berlagu,masih ada yang terus menunggu..
sehari kita bertemu,rupanya kita masih di situ..

detik berganti minit,minit berganti hari..
bila hati tercuit,baru tergerak menulis di sini..

bukan cetusan hati ke hati,
cuma bingkisan pedoman sendiri...

salam diusul pemula kalimah,
maaf andai terasa direndah..

Dunia kita masa kini,
masing-masing buat hal sendiri,
hendak disapa pun berat hati,
apatah lagi berbicara begini..

Dunia kita masa kini,
material dinilai tersangat tinggi,
orang lain berpeluh hari-hari,
kita dok lepak hujung bulan tunggu gaji..

Dunia kita masa kini,
masih ada insan begini,
kais pagi makan pagi,
kita melihat jarang nak bagi..

Dunia kita masa kini,
sibuk gaduh sana sini,
konon nak jaga bangsa sendiri,
anak bini pun dah tak peduli..

Dunia kita masa kini,
teknologi diusung ke sana ke mari,
hidup santai konon harmoni,
yang KAT ATAS dok tunggu HARI..

Dunia kita masa kini,
masih banyak perlu diteliti,
bukan hidup setakat ini,
banyak yang lompong dalam diri..

Dunia kita masa kini,
umpama si buta berjalan sendiri,
jangan angkuh nak angkat diri,
kita tak boleh jalan sendiri..

berakhir sudah sebuah kalam,
yang betul DIA yang salah dari dalam,
sebelum mengundur mengukir salam,
dunia kita masa kini?wallahualam.

Tuesday, February 2, 2010

alhmdllh..
i ni ak dpt rsult test psikology..
mrkh ok je..hmpr dpt A..cket je lg..
hehehe
kwn ak y nme mizah 2 dpt highest mark u 1st test ni..
jealous jg ak..
tp xpe..ak akn challenge die..
ak xtkut la..hihihi

ksh k2 plk si putri ni..
mcm mn trjd ak xthu la.
mrkh die xde pn..bkn mrkh je..nama die skli..
rsau jg ak tgk mimik muka die 2..
sian pn ad jg..hahaha

y sorg lg plk xdtg klas pn..tp die agk fmous dlm klas..
mrkh die ok je..sme ngn ak jg..
bdk2 laki la ktekn..bljr cket2 je..2 pn dh bleh score..hahaha
poyo jg ak ni ek..
by the way..
thnks to God that gv me d OK marks 4 phsyco..

permulaan

pd 2hb feb 2010....
brmula la ksh diriku sbg seorang blogger muda..
y mula mnulis blog u smpaikn ap sj y trbuku dhati..

slain dr ap y tlh ak gnakn sblm ni..fb n fs

sblm ni ku rsa ktggln dri org len..
tp hri ni ak brdiri sme tggi n duduk sme rndh dgn org len..
dnia kini d hjung jari..ap y anda inginkn smue bisa dcapai d lmn it.

ak hrp prmlaan ini jd titik tolk u ku trus mlgkh n mngkh arus d zmn srba mden n cggih ini..
Ya Allah brktilah prjuangn ku dlman blog ini..jdkn blog ini sbg mdium u ku mndktkn diriku dgn Mu..amin